Wednesday, 17 October 2018

kerana ujian menguatkan aku

hi assalamualaikum semua. apa khabar anda ? sihat ke tidok ? ramai yang tunggu blog baru saya. maafkan saya kerana sekarang final year. busy ya amat guys.

so jom mula. ni cerita benar. semua ni terjadi. saya ambil keputusan untuk tulis blog supaya satu hari nanti saya masih ingat ini.

"Allah tak uji hambanya di luar kemampuan"

lama aku cari kekuatan ini. di mana mahu aku tuliskan cerita ini? sampai mana aku bertahan? sekuat mana aku?

semua soalan aku tu terlintas satu persatu sakitnya aku rasa. tak ada siapa tahu. aku aku aku.

family aku bukanlah kaya tapi senang. Alahmdulillah. TAPI

percayalah kekayaan manusia tidak setanding kayanya maha Esa. sekelip mata kalau Allah nak tarik, dia tarik macam tu je.

ujian allah itu pelbagai bentuk. 6 tahun Allah uji family besar aku kacar-kacir. At that time no one can understand me. aku berdiri belakang ibu aku tapi siapa belakang aku. tak ada. anak mana  yang sanggup tengok ibu dia nangis. tapi Allah bagi kebahagiaan tu tahun ke 8 aku redha aku pasrah. Alhamdulillah.

dia uji lagi family aku dari segi kewangan.

this is aku tak tahu nak cerita kat korang rasa dia macam mana. dari aku sekolah menengah aku tau audit family, audit syarikat ayah, audit bisness ibu. turun naik semua aku tahu. tiba-tiba aku tahu aku kena berjimat aku kena simpan duit. aku tak boleh keluarkan duit macam dulu. saving makin susut.

kalau sebelum ni aku boleh mintak berapa je aku nak. bukan setakat ratus. ribu pon aku boleh mintak sesuka hati aku. pagi aku mintak ayah sign fast cek, esok ke dua hari ke aku dapat la. tak pon aku dapat cash. cash aku paling banyak aku pegang 5 angka.(bayar gaji orang) ayah bagi pejam mata je weyh.

tapi bila kami sedang diuji kau bayangkan no cek, no thousand and no hundred for you. ibu yang tanggung, sakit nya ya allah time ni. tiap kali aku mintak belanja duit makan tiap kali tu aku nangis. aku nampak sedih nya dalam mata ayah. sakit weyh time tu. tapi EGO nya satu titis air mata pon tak pernah aku tunjuk depan ibu ayah. mungkin dorang ingat aku tak sayang dorang kot and maybe dorang ingat aku tak kisah pon, hahahahha but dalam hati aku weyh

family aku tak ada la sampai tahap tak makan tu tapi susah tu aku tak pernah rasa sebelum ni. Ya Allah kalau jadi lagi aku mungkin tak kuat dah.
ada sekali tu bank call ayah cakap kereta tak bayar first time aku dengar ayah cakap "saya ta ada duit"

weyh aku ingat time tu aku lari pegi tepi kolam laju air mata aku jatuh. time aku cuma rasa aku anak yang useless sebab aku umur dah 20 aku tak boleh bagi apa apa lagi dekat parents aku. ibu jangan cakap kalau dia penat, ibu akan bebel kat aku tapi aku buat tak dengar sebab aku anak yang EGO. tapi dalam hati aku balik rumah dalam bilik aku tak tipu aku nangis sampai aku demam sampai aku penat pon pernah. hahaha dan sebab ni aku hantar adik aku belajar jauh. aku tak nak dia tahu apa jadi. aku tak nak dia fikir. ibuayah tak ajar dan tak bagi tahu dia tentang apa apa pasal ekonomi kami. jadi aku tak sanggup tengok dia fikir, biarlah dia pergi sekolah.

tapi sakitnya aku sebab duit aje pon. tapi sebab benda macam ni jadi aku jadi rapat dengan sejadah. setiap kali aku sedih aku mengadu lah dekat allah. aku cerita macam macam, rasa hina weyh. aku malu nak mengadu time susah baru cari tapi allah sayang semua hamba dia.

allah bukak mata aku, sekeliling aku ada orang lagi banyak masalah, broken family and all that tapi aku tengok dorang subahannallah aku tak nampak masalah tu. aku ni setakat masalah duit bukan nya aku tak pernah hidup senang. hahhahahah . it make me stronger walaupon hati aku makin hari makin pergi.

sebab kejatuhan ekonomi

  1. jauh dari Allah
  2. musuh dalam selimut
  3. ekonomi malaysia makin down
tips jangan down
  1. kita ada masalah, tapi orang lain lagi besar masalah 
  2. Allah tu ada
  3. kuatlah demi orang yang korang sayang

tak tipu semua kejadian ni buat aku jadi bersyukur. kami semua makin rapat dengan Allah. hahahha tapi EGO aku tak pernah kurang. Alhamdulillah 1 tahun 9 bulan bukan masa yang singkat. dalam tempoh tu Allah uji kami punya kewangan. tapi Alah kata dia tak uji hamba dia di luar kemampuan. now kami semua dah senyum balik. sebelum ni pon senyum sebab ayah kata senyum tu penawar duka. 

family aku bukan kerja yang setiap bulan dapat duit. kami kerja kampung yang buat dapat tak buat tak dapat. 

okay dah habis dah bebel. terima kasih sudi baca. doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki tau. saya doakan pembaca ni pon dimurahkan rezeki. jangan give up tau. Allah nak kasi tapi belum samapai masa 



semangat untuk hari hari aku.